MAC 2023

Uggah Lawat PPS Dewan Millenia Debak


BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Millenia di Debak, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir (JPBN) negeri itu melawat pusat yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.

Lawatan itu juga dihadiri Residen Betong, Richard Abunawas dan Pegawai Daerah (DO) Betong Alfred Galing.

Menurut laporan terkini Sekretariat JPBN Sarawak dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak,  PPS Dewan Millenia dibuka sejak 1 Mac lalu dan sehingga semalam kekal menempatkan seramai 213 mangsa.

Sumber dari : Jiwa Bakti